Friday 22 April 2011

DHHP Cadang kekalkan Hadi-Nasha

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat hari ini meminta ahli-ahli PAS mengekalkan gandingan pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan Muktamar Tahunan parti Jun depan. Timbalan Pengerusi DHPP Pusat Balasubramaniam berkata, kami yakin gandingan Hadi dan Nasharuddin mampu membawa perubahan tatkala parti sedang menginjak ke usia 60 tahun penubuhannya.

“Tiada pemimpin lain yang mampu dan setanding yang dapat menggantikan kepimpinan Hadi sebagai Presiden PAS buat masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, “kami yakin beliau (Hadi) dari sudut kepimpinan adalah seorang yang layak. Beliau juga seorang pengaman dan membawa perubahan baru apabila tertubuhnya DHPP pada tahun lalu.

Thursday 21 April 2011

Umno-BN rasuah dan ‘zalim’-Dr B.Chandran

SETIU: Di kalangan orang bukan Islam yang bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat sama sekali tidak pernah memusuhi orang Melayu dan Islam di negara ini tetapi menentang gejala rasuah serta kezalimannya.

Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) PAS Terengganu, Dr Balachandran menegaskan orang bukan Islam di negara ini bukan musuh kepada orang Melayu dan Islam.

Sebaliknya, kata beliau musuh sebenar adalah gejala rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Wednesday 20 April 2011

Orang Cina lebih percaya kepada PAS dari Umno

KUALA TERENGGANU - Kecenderungan bukan Melayu terutamanya kaum Cina mengundi untuk pembangkang adalah terbentuk kerana perjuangan Umno yang bersifat perkauman atau 'rasis'.

Oleh itu, menurut Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu Dr. B. Chandran, kaum bukan Melayu telah hilang kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Trend orang-orang bukan Melayu, Cina dan India, terutamanya kaum Cina mengundi pembangkang bukan salah pembangkang, tapi salah Umno dan BN sendiri,

"perjuangan Umno dan parti-parti komponen, MCA dan MIC, adalah perjuangan berasaskan kaum (perkauman) yang rasis,"katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus, Muhamad Ramli Nuh.

Tuesday 19 April 2011

DHPP sedia gempur Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/dhppntrg.JPGKUALA TERENGGANU - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu yang baru ditubuhkan dan bakal dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 21 Mei 2011 ini.

Pengerusinya, Dr B.Chandran berkata DHPP yang sebelum ini dikenali “Kelab Penyokong PAS”  sedia menggempur Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,  pada bila-bila masa menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya, usaha mendekati golongan bukan Melayu sedang giat dijalankan menjelang hari pelancaran sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS Ganti Umno” di Kuala Terengganu.

Tuesday 5 April 2011

DHPP Terengganu yakin tarik 50% undi bukan Islam

KUALA TERENGGANU - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) peringkat negeri Terengganu akan dilancarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada 20 Mei depan bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) kali ke-3 di sini.

Pengerusi Penaja DHPP Terengganu, Dr. B. Chandran berkata, mesyuarat jawatankuasanya pada minggu lalu telah mengesahkan kehadiran Exco Kerajaan Kelantan Haji Anuar Tan dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof bagi pelancaran tersebut.

UMNO lebih ekstremis

KUALA TERENGGANU – Sikap ekstremis yang pernah dilabel kepada Pas suatu ketika dahulu kini berbalik kepada UMNO.

Wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Dr B Chandran mengakui perkara itu mendakwa UMNO dilihat lebih ekstremis berbanding Pas yang dahulunya dianggap sebagai Taliban.

“Dulu, kita nampak Pas ekstremis sebab pakai jubah dan serban, nampak macam Taliban. Kita berasa takut untuk mendekati mereka kerana tidak pernah pun membaca mengenai perjuangan parti itu.