Thursday 21 April 2011

Umno-BN rasuah dan ‘zalim’-Dr B.Chandran

SETIU: Di kalangan orang bukan Islam yang bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat sama sekali tidak pernah memusuhi orang Melayu dan Islam di negara ini tetapi menentang gejala rasuah serta kezalimannya.

Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) PAS Terengganu, Dr Balachandran menegaskan orang bukan Islam di negara ini bukan musuh kepada orang Melayu dan Islam.

Sebaliknya, kata beliau musuh sebenar adalah gejala rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).


“Kami, orang bukan Islam yang bersama dengan pembangkang PAS dan Pakatan Rakyat bukan musuh kepada orang Melayu Islam di negara ini.

“Tapi musuh kita adalah gejala rasuah dan kezaliman. Kita lawan kezaliman Umno dan kerajaan Barisan Nasional,” tegasnya ketika berucap pada Ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Maras, Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.

Menurutnya, DHPP akan mempastikan usaha “PAS Ganti Umno” di negeri ini akan menjadi kenyataan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Katanya, perubahan pentadbiran negara wajar dilakukan oleh seluruh rakyat demi masa depan anak cucu akan datang.

“DHPP hendak pastikan ‘PAS Ganti Umno’ di negeri Terengganu akan jadi kenyataan dalam pilihan raya ke-13.

“Kita (rakyat) kena buat perubahan besar dalam pentadbiran negara ini demi masa depan anak cucu kita akan datang,” tegasnya.

Menurut Dr Bala, kerajaan Umno-BN perlu disingkirkan kerana tidak amanah, perasuah serta melakukan banyak kezaliman terhadap rakyat.

Malah, katanya Umno-BN boleh disifatkan sebagai sebuah kerajaan “pengacau” yang memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie dari Parti KeADILan Rakyat (PKR), Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

No comments:

Post a Comment