Tuesday 5 April 2011

UMNO lebih ekstremis

KUALA TERENGGANU – Sikap ekstremis yang pernah dilabel kepada Pas suatu ketika dahulu kini berbalik kepada UMNO.

Wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Dr B Chandran mengakui perkara itu mendakwa UMNO dilihat lebih ekstremis berbanding Pas yang dahulunya dianggap sebagai Taliban.

“Dulu, kita nampak Pas ekstremis sebab pakai jubah dan serban, nampak macam Taliban. Kita berasa takut untuk mendekati mereka kerana tidak pernah pun membaca mengenai perjuangan parti itu.


“Selepas mengenali Pas, kita mendapati UMNO lebih ekstremis melalui isu ketuanan Melayu dan juga suara Perkasa. UMNO juga yang mulakan isu kaum dan mengangkatnya sebagai salah satu wadah perjuangan,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu secara tidak langsung telah menyebabkan kaum lain bangkit pertahankan kaum masing-masing.

Chandran berkata, UMNO juga dilihat menggunakan isu itu untuk mengekalkan kuasa, sambil memberitahu perjuangan berasaskan kaum tidak akan bertahan lama dan tidak kekal.

Beliau juga tidak menolak perjuangan sedemi-kian tidak mustahil akan ‘memakan diri sendiri’.

Keadaan itu katanya, langsung berbeza dengan Pas yang menggunakan agama sebagai wadah perjuangan dan dilihat mempunyai unsur perpaduan serta membela keadilan.

Selain itu, dalam situasi politik semasa ketika ini, B Chandran berkata, sekiranya berlaku pertambahan 15 peratus orang Melayu menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil UMNO akan berada dalam situasi yang parah.-Sinar Harian

No comments:

Post a Comment