Tuesday 5 April 2011

DHPP Terengganu yakin tarik 50% undi bukan Islam

KUALA TERENGGANU - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) peringkat negeri Terengganu akan dilancarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada 20 Mei depan bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) kali ke-3 di sini.

Pengerusi Penaja DHPP Terengganu, Dr. B. Chandran berkata, mesyuarat jawatankuasanya pada minggu lalu telah mengesahkan kehadiran Exco Kerajaan Kelantan Haji Anuar Tan dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof bagi pelancaran tersebut.



(Gambar kiri - ingatan kepada para penyokong MIC......peluklah orang MIC, tapi bila undi...undilah PAS....,"kata Dr, B. Chandran)

"Perancangan kita (pelancaran DHPP) digabungkan ndengan PGU yang ke-3 di Kuiala Terengganu bulan Mei 20 - 21hb, kita telah pun mendapat persetujuan (dari) YB Haji Anuar Tn dan YB Dr. Mujahid (Yusof Rawa) untuk menghadirinya,"ujarnya kepada Buletinonline selepas menyampaikan cetramah di Seberang Takir, Isnin, 4 April.

Pelancaran tersebut, menurutnya, adalah untuk memberitahu seluruh rakyat Terengganu kewujudan DHPP Terengganu yang akan berusaha menarik sokongan lima puluh peratus pengundi bukan Melayu untuk menyokong PAS pada PRU ke-13 akan datang.

Beliau berkata, rakyat di peringkat bawahan negeri Terengganu kini sudah toidak percaya kepada Umno kerana pemimpin Umno Terengganu tidak mempunyai hala tuju dalam memerintah negeri ini.

Berbanding dengan pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004, menurut Chandran, rakyat melihat perubahan yang ketara dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

(Gambar kiri - ingatan kepada para penyokong MIC......peluklah orang MIC, tapi bila undi...undilah PAS....,"kata Dr, B. Chandran)

"Kita nampak banyak (ramai) dari 'grass root' (peringkat bawahan) rakyat menyokong PAS, kerana rakyat tidak nampak hala tuju Umno, sebab bila PAS mentadbir pada 199 hingga 2004, ia (rakyat melihat) ia satu perubahan,"jelasnya.

Beliau yakin, sudah tiba masanya rakyat untuk berubah menolak Umno dan memberikan peluang kedua kepada PAS untuk memerintah negeri Terengganu.

Sehubungan itu,  Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional negeri Trengganu Hajoi Hanafiah Mat ketika dihubungi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penaja DHPP Terengganu.

Beliau selaku Penyelia Jawatankuasa tersebut berkata pelancaran DHPP Terengganu ini akan menolak tangapan ramai bahawa orang bukan Islam menolak PAS, khususnya di negeri Terengganu.

(Gambar - B.Chandran bersama para tetamu menghadiri PGU kali-2 di Besut bulan lalu)

"Walhal, (kenyataannya) hari ini orang bukan Islam telah minat dan yakin hanya PAS (menjadi) penyelamat negeri Terengganu melalui Islam 'tulin' yang diperjuangkan oleh PAS, ia tidak sama dengan Umno yang banyak penyelewangan seperti rasuah (yang menyebabkan) kenaikan harga barang, (ia) amat menyusahkan peniaga Cina (dan bukan Islam),"tegasnya.

Beliau menyambut baik pelancaran DHPP dan berharap, dengan pelancaran tersebut, DHPP akan menjadi penyambung lidah rasmi PAS untuk menolak dakyah Umno dikalangan bukan Islam dan bukan Melayu

No comments:

Post a Comment