Tuesday 17 May 2011

Umno jangan main ‘kotor’!!!

KUALA TERENGGANU: 18 Mei- Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan ugutan melalui pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar suatu yang menjijikan.

Pengerusinya, Dr B.Chandran mengingatkan pihak-pihak tertentu termasuk Umno jika menjadi ‘dalang’ melakukan ugutan tersebut agar tidak mengulanginya.

Katanya, perbuatan tersebut merupakan satu jenayah yang cuba dilakukan pihak tertentu yang ‘tersempit’ serta tidak bertamadun.


“Ini (SMS) bagi kita (DHPP) suatu yang ‘menjijikan’ dan taktik ‘kotor’ pihak lawan yang rasa terancam.

“Saya ingatkan pihak terbabit termasuk Umno jika terbukti menjadi ‘dalang’ supaya tidak mengulangi ugutan seumpama itu lagi,” tegasnya.

Menurutnya, pihak yang melakukan ugutan adalah ‘pengecut’ dan ‘penakut’ serta tidak mampu untuk berdepan dengan hujah.

Katanya, DHPP berada di pihak yang benar dan akan membela keadilan untuk rakyat tanpa rasa takut dan bimbang.

Beberapa hari lalu, Nurul Izzah Anwar telah membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya. 

 Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk "ancaman serius" terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali.

"Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

"Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya," tulisnya dalam laporan polis itu.
Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama dan SMS berkenaan juga mengancam bahawa "sesuatu yang tidak elok" akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.
Beliau membuat aporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di ibu negara dengan ditemani ibunya, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR serta diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

No comments:

Post a Comment